Cari Jodoh dan Janda Melayu di Malaysia Dengan JandaDating
Penat cari jodoh di janda twitter and janda tumblr? Daftar dalam platform ini yang senang cari jodoh dan janta melayu di Malaysia.

Keselamatan Pencarian Jodoh

KESELAMATAN PENCARIAN JODOH

Setiap tahun, ribuan insan bertuah kerana menemui pasangan hidup mereka di dalam laman web pencarian jodoh. Mereka juga daripada awal memiliki pengalaman mencari jodoh yang baik dan tanpa sebarang masalah. 

Kepada anda yang bakal menggunakan perkhidmatan kami, demi kesejahteraan anda dan juga demi kebaikan bersama, adalah amat digalakkan sekiranya dapat anda memperuntukkan sedikit waktu dalam membaca tip-tip di dalam Keselamatan Pencarian Jodoh ini. 

Ini ialah satu panduan bagi anda dalam memastikan yang pengalaman anda dalam menggunakan laman web ini adalah selamat, berbaloi dan memberi manfaat berpanjangan.

 

Mula Bertindak

Laman web ini membenarkan anda untuk kekal terahsia sedikit kepada pengguna-pengguna yang lain sehingga anda berasa sudah cukup bersedia dan setuju untuk menyediakan maklumat perhubungan anda kepada para pengguna lain.

Jangan sesekali anda menyelitkan maklumat peribadi atau maklumat perhubungan di dalam profil anda, seperti nombor telefon, emel, alamat rumah atau nama penuh anda, sekiranya anda bimbang terhadap sebarang kebarangkalian penyalahgunaan daripada para pengguna lain.

Anda boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pengguna lain yang anda kehendaki apabila anda merasakan insan berkenaan sudah cukup-cukup serasi dan selesa dengan anda. Pastikan anda benar-benar mempercayai orang tersebut bahawa dia akan menggunakan maklumat perhubungan tersebut dengan sebaiknya tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka, niat jahat atau apa-apa yang berkaitan dengannya.

Bagi tujuan kemudahan dan keselesaan anda, anda boleh membuat alamat akaun yang baharu untuk tujuan pencarian jodoh dalam talian. Ini adalah untuk memastikan anda tidak sukar dalam mencari emel apabila emel-emel berkaitan laman web ini disatukan sekali dalam alamat emel utama anda.

Sentiasa utamakan penjagaan kata laluan anda dan pastikan ianya sentiasa sulit daripada pengetahuan orang lain. Pastikan juga ianya tidak mudah untuk diteka langsung. Pilih sebuah kata laluan yang unik untuk tujuan pencarian jodoh yang tidak pernah anda gunakan sebelum ini bagi mana-mana tujuan.

 

Mengelakkan Masalah

Tanya soalan dengan banyak semasa berbual dengan mana-mana ahli dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan sebarang ketidakkonsistenan dalam penyampaian, terutamanya apabila terdapat mana-mana yang meminta huluran wang. Anda ada hak untuk menjadi ragu-ragu dalam perkara-perkara yang mencurigakan, termasuklah perkara ini.

Sekiranya anda ragu-ragu dengan mana-mana individu atau sekiranya terdapat mana-mana individu yang bertanyakan kepada anda untuk mendapatkan wang anda, anda harus menggunakan pemikiran logik akal anda dan kemudian melaporkan situasi ini kepada kami dengan menggunakan kemudahan ikon “Laporkan Salahguna” yang terdapat dalam laman web ini atau dengan mengisi borang dalam talian bagi tujuan permohonan bantuan daripada pihak kami.

Walaupun kami telah mengambil jalan untuk menganalisis setiap data dan maklumat yang dimiliki oleh setiap individu yang menjadi ahli, kami sentiasa menjalankan langkah-langkah keselamatan tambahan dalam memastikan mana-mana ahli yang mencurigakan dapat dibendung daripada laman web ini sepantas yang mungkin. Ianya bukanlah satu kepastian bahawa kami dapat melakukannya, namun yang bertekad untuk menjadi laman web ini selamat bagi ahli-ahli yang jujur dan benar dalam urusan komunikasi mereka dengan ahli-ahli lain. Anda mestilah sentiasa beringat dan berwaspada serta menggunakan kemahiran logik akal dalam berkomunikasi dengan mana-mana ahli dalam laman web ini.

Satu lagi, jangan pernah hantar wang kepada mana-mana ahli yang anda temui di dalam talian, atau ahli yang anda tidak pernah temui secara bersemuka sebelum ini.

 

 

Sebelum Bertemu

Cari sebanyak mungkin maklumat yang ada daripada orang yang anda minati sebelum mengajaknya atau menerima ajakannya untuk berjumpa secara bersemuka. Sentiasalah berkomunikasi dengan menggunakan sebarang bentuk medium perhubungan seperti emel, khidmat pesanan ringkas, atau mesej pantas sebelum pernah bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan orang tersebut. Jangan sesekali anda mendedahkan nombor telefon anda atau maklumat peribadi anda sehingga anda berasa selesa untuk mendedahkannya.

Cuba untuk meminta beberapa foto daripada orang tersebut sebelum anda berkomunikasi dengannya. Minta foto daripada orang tersebut yang menggambarkan perjalanan hidupnya yang pelbagai, bukan daripada satu situasi sahaja. Ini akan membantu anda sebolehnya dalam menentukan sejauh manakah insan tersebut dapat diterima oleh anda sendiri berdasarkan kegiatan dan aktiviti yang dilakukannya sebelum ini. Anda juga dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai orang tersebut dengan gambar-gambarnya.

Apabila anda membuat keputusan untuk bersemuka, cari tempat-tempat awam dan beritahu mana-mana rakan anda yang anda bakal bertemu dengan orang tersebut. Beritahu mereka tentang waktu anda sepanjang pertemuan tersebut, andai berlaku sebarang masalah, mereka akan ada untuk membantu dan menyalurkan maklumat berkaitan.

 

Ketika Bercinta

Ambil masa anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai orang yang anda kenali. Ambil satu demi satu langkah, biar lambat asalkan selamat.

Jikalau anda bercinta dengan mana-mana individu daripada berlainan budaya atau negara, anda haruslah peka dan cakna dengan perbezaan budaya yang bakal berlaku. Oleh yang demikian, anda harus mengambil masa secukupnya untuk mengenali isi hati dan budaya, serta seterusnya memahami kehendak insan tersebut tentang perhubungan yang bakal dijalinkan. Carilah masa sebanyak mungkin untuk mengetahui insan tersebut, dan jangan hanya setakat mengehadkan cara berkomunikasi melalui emel atau mesej pantas.

Memperuntukkan masa yang sesuai untuk mengenali bakal pasangan hidup dapat membantu anda mengelakkan masalah besar di masa hadapan.

 

Sebelum Melafaz Akad

Setiap tahu, ratusan pengguna di laman web pencarian jodoh bertemu dengan bakal pasangan hidup mereka dan hidup bahagia selama-lamanya. Sebelum anda melafaz akad perhubungan, anda harus mengambil masa untuk menentukan apakah yang bakal berlaku selepas itu, sama ada baik atau buruk, dan mengetahui hak-hak anda dalam perkara-perkara tersebut.

Berkahwin merupakan satu keputusan yang amat besar dalam hidup anda dan ini bukanlah suatu perkara yang harus dikejar secara terburu-buru. Pastikan anda mengetahui seluruh jiwa raga pasangan anda sebelum melafaz sumpah janji bersama. Ketahui juga rakan-rakan dan ahli keluarga mereka. Di sesetengah tempat, untuk mendapat hati pasangan, anda harus mengambil hati keluarganya juga.

Untuk lebih banyak maklumat mengenai keselamatan pencarian jodoh, anda boleh hubungi pihak kami.

Selamat mencuba!