Cari Jodoh dan Janda Melayu di Malaysia Dengan JandaDating
Penat cari jodoh di janda twitter and janda tumblr? Daftar dalam platform ini yang senang cari jodoh dan janta melayu di Malaysia.

Dasar Privasi

carijanda.com (selepas ini disebut sebagai Laman Web atau Kami) memberi keutamaan yang tinggi kepada privasi semua pengguna kami. Kami telah mewujudkan Dasar Privasi ini untuk menunjukkan komitmen kami kepada hak anda dan untuk melindungi privasi anda. Jika anda menggunakan laman web, aplikasi atau perkhidmatan kami, adalah sangat penting anda membaca Dasar Privasi ini dan memahami sepenuhnya bagaimana ianya memberi kesan kepada privasi anda. Sila hubungi kami jika terdapat persoalan mengenai kandungan dasar ini. Jika anda menggunakan laman web kami, kami menggangap anda bersetuju dengan kandungan Dasar Privasi ini.

Kandungan:

I. Dasar Privasi

Jika anda melayari mana-mana laman web, anda sebenarnya mendedahkan banyak maklumat peribadi anda kepada pemilik laman web tersebut. Maklumat yang diberikan bergantung kepada tindakan yang anda ambil semasa melayari laman web berkenaan. Situasi yang sama berlaku apabila anda melayari carijanda.com. Anda haruslah memahami dasar privasi mana-mana laman web yang anda gunakan. Anda juga boleh meminta sesalinan dokumen dasar privasi dari pemilik laman web tersebut jika dokumen itu tidak dipaparkan atau disediakan.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi yang dibekalkan kepada kami untuk tujuan penjejakan dalaman. Ini termasuklah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih efektif untuk anda semasa menggunakan ciri-ciri dan perkhidmatan dalam laman web ini dan memastikan ia memberi respon yang sepatutnya semasa anda mencari maklumat. Kami tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk apa-apa tujuan lain, kecuali disebut secara khusus. Kami tidak menjual atau mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak. Kami juga tidak memberi akses kepada pihak lain untuk  mendapatkan data peribadi, kecuali dinyatakan dalam Syarat Penggunaan atau jika diminta oleh pihak berkuasa berdasarkan undang-undang.

Ii. Jenis Data Peribadi Yang Disimpan

Permintaan data peribadi dan pendaftaran pengguna

Semasa anda mendaftar atau menggunakan laman web carijanda.com, kami hanya menyimpan data peribadi yang anda berikan secara sukarela. Anda boleh menggunakan laman web kami tanpa mendaftar diri, namun pendaftaran adalah diperlukan jika anda mahu menggunakan ciri-ciri khas dan perkhidmatan yang kami sediakan. Apabila anda mendaftar diri, anda juga memberikan dan mengkongsikan data peribadi dengan pengguna lain dan juga orang awam. Jika data tersebut adalah data umum, ianya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Sebagai contoh, data peribadi yang anda masukkan dalam ruangan “Tentang Saya” seperti nama, jantina, nama pengguna, ID pengguna, gambar profil, foto dan video boleh diakses oleh orang awam tujuan membantu anda berhubung dengan pengguna lain. Anda juga perlu ingat bahawa data ini boleh diakses semasa orang lain membuat carian menggunakan laman web carijanda.com atau enjin carian lain. Dalam kes tertentu, pengguna lain boleh memuat turun atau membuat salinan maklumat yang anda kongsikan. Kami menyarankan anda sentiasa berwaspada dengan maklumat yang anda kongsikan dengan orang lain.

 

 

 

Data peribadi yang anda berikan kepada kami semasa pendaftaran atau semasa menggunakan perkhdimatan kami:

  • Data identiti seperti jantina, alamat e-mel dan alamat bil semasa anda medaftar untuk mewujudkan akaun. Ini adalah data yang anda berikan secara sukarela. Namun begitu, kami tidak akan mendaftar jika maklumat ini tidak dibekalkan;
  • Maklumat lain yang anda berikan yang berkaitan dengan akaun anda (nama pengguna, ID pengguna, gambar profil, foto, video, maklumat minat dan maklumat kegemaran);
  • Nombor telefon dan data kewangan peribadi (seperti nombor kad kredit) jika anda menggunakan perkhidmatan yang berkaitan;
  • Data penggunaan laman web iaitu semasa anda membuat komunikasi dengan pengguna lain, chat atau semasa anda berkomunikasi dengan kami mengenai perkhidmatan kami;
  • Maklumat tambahan yang kami boleh atau dibenarkan untuk simpan/proses berdasarkan undang-undang untuk mengenalpasti identiti anda.

Data peribadi yang kami simpan secara automatik semasa anda mendaftar akaun atau menggunakan perkhdimatan kami:

  • Kami menyimpan data interaksi anda semasa menggunakan perkhidmatan kami atau sekiranya anda menghubungi kami. Ini merupakan data peribadi yang kami terima melalui peranti (termasuk alat mudah alih) yang anda gunakan semasa mengakses perkhidmatan kami. Data peribadi ini termasuklah nombor peranti, ID peranti, jenis peranti, token unik peranti, sistem operasi, aplikasi-aplikasi yang digunakan, data kegagalan aplikasi, alamat IP, agen pengguna, platform, versi Software Development Kit, ID pengguna tanda daftar, log masa Developer Key, versi aplikasi, identiti peranti, IDFA (Identifier For Advertisers), ID Android, referrer url (Playstore), Google Advertiser ID, model peranti, pengilang, versi OS, in-app events, status rangkaian (WiFi/3G), kaedah log masuk, penggunaan aplikasi, umur, jantina, status sambungan profil kepada Facebook/Google, bilangan gambar dalam profil, minat, status notifikasi, Tarikh daftar, kredit yang dibeli, Tarikh akhir pembayaran dan tujuan penggunaan perkhdimatan;
  • Data peribadi lokasi termasuk lokasi melalui peranti mudah alih menggunakan alamat IP, GPS, Bluetooth atau signal WiFi.
  • Data peribadi perhubungan seperti statistik bilangan pengguna yang melihat profil anda, trafik keluar masuk laman web, URL perujuk, data iklan, alamat IP anda, sejarah pelayar anda dan data peribadi di web log anda.

Data peribadi yang kami simpan melalui penggunaan cookies atau teknologi yang berkaitan:

Kami menggunakan teknologi cookie di carijanda.com sebagai cara membuat laporan statistik penggunaan laman web kami. Cookie juga mengandungi data peribadi yang digunakan untuk memberi pengalaman yang unik kepada anda semasa menggunakan laman web kami, seperti memaparkan profil orang-orang yang berkaitan di laman utama. Ia juga digunakan untuk mengumpul data statistik seperti laman mana yang dikunjungi, apa yang dimuat turun, nama domain atau negara anda yang diberikan oleh ISP dan alamat URL yang telah anda kunjungi sebelum dan selepas menggunakan carijanda.com. Namun, semua data yang dikumpul tidak mengandungi pertalian dengan anda secara langsung. Hanya data agreget atau terkumpul diambil. Data peribadi dalam cookies dapat membantu kami mengesan apa yang diklik semasa menggunakan laman web kami. Adalah penting untuk difahami bahawa cookies tidak akan menyimpan data peribadi seperti  e-mel individu.

 

Kami juga menjalankan operasi menyimpan fail log pelayan web untuk membantu kami mengira bilangan pelawat dan membuat analisis teknikal keupayaan laman web kami. Data peribadi ini digunakan untuk mengesan bilangan pelawat carijanda.com, menyusun laman untuk penggunaan yang terbaik, menjadikan laman lebih mesra kepada pelayar web dan memastikan semua laman kami berfungsi pada tahap terbaik. Biarpun kami mengumpul data peribadi mengenai trafik lama web, kami tidak menyimpan data peribadi untuk setiap individu. Ini bermakna tidak ada data peribadi anda yang disimpan atau digunakan. Anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk tidak membenarkan penggunaan cookie ataupun memberi anda notifikasi setiap kali cookie dihantar. Setiap pelayar web adalah berbeza dan kami menyarankan anda melihat menu bantuan di pelayar web anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara membuat tetapan cookie.

Data peribadi yang kami simpan dari laman sosial lain:

Kami membenarkan anda mendaftar akaun di laman web kami menggunakan akaun media sosial seperti Facebook, Google dan lain-lain. Akaun media sosial ini memberi kami akses kepada beberapa data peribadi yang mereka simpan mengenai anda. Anda mengawal data peribadi yang anda kongsikan dengan kami melalui akaun media sosial yang anda gunakan. Tetapan privasi serta kebenaran untuk mengakses data peribadi adalah di bawah kawalan anda. Apabila anda log masuk ke laman web kami menggunakan akaun media sosial, anda memberikan kami kebenaran untuk akses, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda yang dikongsi oleh laman media sosial. Ini dilakukan dengan mematuhi Dasar Privasi pihak kami dan juga dasar-dasar privasi yang disediakan oleh laman-laman sosial media yang berkenaan.

Jika anda ingin menjadi ahli percuma, anda akan diminta untuk memuat naik dokumen yang mempunyai gambar anda berserta dengan video verifikasi semasa proses saringan dibuat.

Cookies pihak ketiga:

Kami menggunakan pakej analisis dari pihak ketiga yang boleh dipercayai. Tujuan penggunaan pakej ini adalah untuk memastikan pengalaman anda menggunakan laman web kami sentiasa diperbaiki. Pihak ketiga ini membantu kami untuk memaparkan iklan serta analisis yang mungkin meletakkan cookies pada peranti anda. Anda boleh mendapatkan dasar privasi mereka dari senarai di bawah. Sila baca dasar privasi mereka untuk memastikan anda selesa dan bersetuju dengan cara mereka menggunakan cookies.

 

Kami sentiasa memberi keutamaan untuk memastikan senarai ini dikemaskini. Senarai ini boleh berubah dari masa ke semasa dan kemungkinan terdapat sedikit kelewatan untuk mengemaskini senarai ini.

Anda juga boleh membuat perubahan pada bila-bila masa menggunakan tetapan pelayar web anda untuk menerima atau menolak sebarang cookies.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tetapan mengawal cookies dalam pelayar web anda:

Untuk pelayar web yang lain, sila rujuk dokumentasi yang disediakan oleh pemilik pelayar web anda. Anda boleh menolak pelayan iklan yang menyediakan iklan berdasarkan minat anda melalui Digital Advertising Alliance (http://youradchoices.com).

Iii. Penggunaan Dan Perkongsian Data Peribadi

Kami menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi keperluan anda semasa menggunakan perkhidmatan kami, selaras dengan Terma Penggunaan dan kewajipan undang-undang untuk melindungi kepentingan anda. Ini termasuklah:

  • Menguruskan akaun dan tetapan anda. Menjalankan operasi, pengukuran dan penambahbaikan perkhidmatan. Memastikan perkhidmatan kami selamat dan beroperasi sepenuhnya. Menyesuaikan kandungan laman web dan perkhidmatan kami agar selaras dengan pilihan ketetapan yang dipilih;
  • Mengukuhkan sokongan pengguna, menghubungi anda berkenaan akaun dan menyelesaikan pertikaian dan persoalan anda;
  • Membuat promosi dan tawaran khas serta notifikasi mengenai perkhidmatan kami (anda mempunyai hak untuk menarik diri atau meminta untuk tidak terlibat pada bila-bila masa);
  • Membuat analisis, pembaikan perkhidmatan, memantau dan membangunkan keselamatan data peribadi di laman web dan aplikasi mobile kami. Juga untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran dan pengiklanan kami;
  • Mengesan dan melindungi anda daripada transaksi penipuan dan apa-apa aktiviti yang meragukan;
  • Pendaftaran bersama di laman web atau aplikasi rakan kongsi carijanda.com;
  • Mewujudkan data agregat yang diguna secara dalaman untuk menambahbaik perkhdimatan dan laman web kami. Data agreget ini adalah tanpa pengenalan diri pengguna dan tidak mengandungi data peribadi. Data agreget membantu kami memahai tren dan keperluan pengguna supaya produk baru dapat diwujudkan dan produk sedia ada dapat disesuaikan dengan individu sebaik mungkin. Kami mungkin akan kongsi data agreget ini dengan rakan kongsi kami tanpa had dan atas dasar komersial yang kami boleh tentukan pada bila-bila masa;

Pautan ke laman web lain

Jika anda klik pada pautan yang membawa anda ke laman lain selain carijanda.com, perlu diingatkan bahawa Terma Penggunaan dan Dasar Privasi kami tidak tertakluk di laman web baru yang anda layari itu. Semua aktiviti di laman web lain, termasuklah mana-mana laman web yang mempunyai pautan di carijanda.com menggunakan peraturan dan undang-undang mereka sendiri. Oleh yang demikian, kami menyarankan anda untuk membaca semua dasar yang ada di laman web baru yang anda layari agar anda memahami sepenuhnya bagaimana mereka menyimpan, menggunakan dan mengkongsikan data peribadi anda.

Kami mungkin akan kongsi data peribadi anda yang kami simpan kepada pembekal perkhidmatan terpilih yang membantu kami mengoperasi perkhidmatan kami. Kami juga akan kongsi data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan terpilih apabila kami rasakan bahawa anda akan berminat dengan produk dan perkhidmatan mereka. Pembekal perkhidmatan ini mestilah mematuhi tanggungjawab kerahsiaan yang selari dengan Dasar Privasi ini dan mana-mana perjanjian yang kami wujudkan bersama mereka. Kami mungkin akan berkerjasama dengan pembekal perkhidmatan luar untuk:

  • Memantau pangkalan data peribadi para pelanggan;
  • Membantu kami dalam penghantaran e-mel, SMS (kos mesej dan data mungkin dikenakan) dan hadiah;
  • Membantu kami dalam pemasaran secara terus;
  • Membantu kami dalam penyimpanan dan analisis data;
  • Melindungi dari aktiviti penipuan;
  • Membantu kami menyelenggara, membangunkan dan menambahbaik sistem, laman web, aplikasi dan perkhdimatan kami;
  • Menguruskan penerimaan bayaran;

Kami boleh memindah atau mengkongsikan data peribadi anda dalam kes-kes tertentu di mana carijanda.com atau mana-mana milikannya, rakan niaga atau anak syarikatnya terlibat dalam penggabungan dengan syarikat lain, dibeli oleh syarikat lain atau sebahagian aset syarikat dijual.

Pengawal data, rakan niaga, anak syarikat, pengarah dan sebagainya boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan undang-undang di mahkamah bagi melindungi kami dari penyalahgunaan laman web kami dan untuk melindungi hak-hak kami.

Kami boleh menggunakan data peribadi anda secara dalaman, antara anak syarikat kami atau dengan pihak ketiga untuk tujuan seperti dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Data peribadi diperolehi dari pengguna dalam lingkungan European Economic Area (EEA) boleh dipindahkan ke negara-negara di luar EEA untuk tujuan seperti dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami menggunapakai klausa kontrak standard yang diluluskan oleh Kesatuan Eropah. Kami juga menggunakan kaedah lain di bawah undang-undang Kesatuan Eropah dan kami boleh membuat penghantaran data peribadi dari EEA ke Amerika Syarikat serta negara-negara lain.

Dengan meyiarkan kandungan, mesej, foto dan video ke ruangan umum dalam laman web atau aplikasi kami, anda secara automatik memberi kuasa, mewakili dan menjamin bahawa kami mempunyai hak yang tidak boleh ditarik balik, berterusan, tidak ekslusif, telah dibayar, dan lesen yang sah di seluruh dunia untuk mengguna, menyalin, menunjukkan, memaparkan dan mengedar data peribadi tersebut. Kami juga berhak membuat tambahbaik pada kandungan tersebut atau menggabungkannya dengan kandungan lain serta memberi hak kepada sub-lesen dan kandungan yang terdahulu.

Untuk kandungan yang dilindungi oleh hak pemilikan intelektual seperti foto dan video, anda secara khusus memberi kami kebenaran-kebenaran berikut, tertakluk kepada tetapan privasi dan aplikasi anda: Anda memberi kami lesen tidak eksklusif, boleh dipindah milik, boleh di sub lesenkan, bebas royalty dan digunakpakai di seluruh dunia untuk menggunakan apa-apa kandungan yang anda siarkan di laman web kami atau aplikasi kami. Lesen ini berakhir apabila anda menamatkan keahlian anda di laman web atau aplikasi kami. Jika ini dilakukan, kami akan menghapuskan semua kandungan tersebut mengikut Dasar Privasi dan Syarat dan Terma kami. Namun, ia tidak tertakluk kepada kandungan yang telah dikongsi dengan orang lain dan belum dipadam oleh mereka.

Sebagai ahli, anda bersetuju bahawa kami akan menggunakan budi bicara kami untuk menggunakan apa saja saluran perhubungan yang sesuai (termasuklah tapi tidak terhad kepada e-mel, telefon, SMS, notifikasi, Whatsapp, Facebook, Wechat, QQ dan aplikasi lain) untuk memberikan sokongan pengguna atau tujuan pemasaran jika anda telah berikan kami saluran perhubungan tersebut. Anda boleh membatalkan kebenaran untuk menggunakan saluran komunikasi yang digunakan, dengan menghubungi pasukan sokongan pengguna kami pada bila-bila masa.

Anda boleh menghubungi kami menggunakan informasi yang kami senaraikan di bawah. Kami juga boleh menyelesaikan apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan Dasar Privasi ini.

Iv. Sekatan Umur

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web atau perkhidmatan kami. Perkhidmatan kami tidak direka untuk digunakan oleh kanak-kanak bawah umur. Selaras dengan Children’s Online Privacy Protection Act atau mana-mana undang berkaitan, apa-apa data peribadi yang kami terima dari orang-orang di bawah umur 18 tahun akan dihapuskan dari pangkalan data kami.

  1. Hak untuk akses dan menarik diri

Anda mempunyai hak untuk mengubah atau memadam data peribadi anda pada bila-bila masa. Sila ikuti Langkah-langkah berikut:

  • Log masuk ke akaun anda;
  • Klik pada gambar kecil profil pada penjuru kanan sebelah atas di ruang utama carijanda.com;
  • Pilih My Profile;
  • Klik pada ikon pensel kecil pada seksyen yang ingin edit;
  • Edit data peribadi anda;
  • Klik Save.

Anda juga boleh menghantar permintaan khas kepada pasukan sokongan pengguna dan kami akan memberi panduan kepada anda untuk melakukan proses tersebut.

Anda boleh memilih kaedah perhubungan yang anda ingin dapatkan dari kami selaras dengan polisi kami untuk memberi kebebasan memilih dan kebebasan menarik diri. Untuk menghentikan perhubungan e-mel yang anda terima dari kami, anda boleh klik pada pautan Unsubscribe di sebelah bawah setiap e-mel yang anda terima dari kami. Anda boleh juga menghantar e-mel kepada [email protected] atau dengan mengubah tetapan pada profil anda.

Untuk menghentikan penerimaan mesej melalui SMS dari kami, sila jawab “stop” pada mesej yang diterima dari carijanda.com.

Vi. Kaedah Dan Tempat Memproses Data Peribadi

Pengawal data akan memproses data peribadi pengguna carijanda.com menggunakan kaedah yang sesuai serta mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya untuk menghindari akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, modifikasi atau penghapusan yang tidak dibenarkan dari berlaku.

Data peribadi diproses menggunakan komputer atau peralatan IT mengikut prosedur organisasi dan kaedah yang berkaitan dengannya. Sebagai tambahan kepada pengawal data, dalam kes tertentu, data peribadi boleh diakses oleh orang-orang tertentu yang mempunyai kuasa, terlibat dalam operasi laman web (pentadbiran, jualan, pemasaran, perundangan, pentadbir sistem) atau orang luar (seperti pembekal perkhidmatan teknikal pihak ketiga, pembawa mel, pembekal hosting, syarikat IT, agensi komunikasi) yang dilantik oleh pengawal data jika perlu, sebagai pemproses data.

Pengawal data memiliki sijil keselamatan dari VeriSign dan McAfee yang menunjukkan laman web ini dilulus, diuji dan disahkan oleh kedua-dua pakar dalam bidang keselamatan sistem tersebut. Ini bermaksud bahawa anda selamat dari apa-apa virus, pencuri identiti, spyware, aktiviti penipuan kad kredit, spam dan penipuan internet semasa menggunakan perkhdimatan kami.

Data peribadi diproses di pejabat operasi pengawal data dan juga di mana-mana lokasi yang menempatkan pihak yang bertanggungjawab untuk memproses data.

Vii. Masa Pengekalan Dan Penghapusan Data Peribadi

Data peribadi akan disimpan untuk satu tempoh yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang unik kepada anda. Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk data anda digantung atau dipadam oleh pengawal data. Jika anda ingin menghapuskan data peribadi yang kami simpan semasa anda gunakan perkhdimatan kami, anda perlu membuat permintaan melalui pasukan sokongan pengguna kami. Proses ini akan mengambil masa untuk dilakukan sepenuhnya. Kami amat berterima kasih dengan kesabaran anda. Sila ambil maklum bahawa mengubah atau menghapus data peribadi hanya akan mengubah pangkalan data kami untuk aktiviti  dan komunikasi di masa depan. Perubahan atau penghapusan ini tidak akan mengubah atau menghapus e-mel atau data peribadi laman web atau aplikasi yang anda sudah panjangkan kepada pengguna lain, syarikat kad kredit atau mana-mana pihak ketiga seperti dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Perlu diingat juga bahawa jika anda telah menghapus data peribadi dari laman web atau aplikasi kami, tetapi masih menggunakan laman web, aplikasi atau perkhidmatan lain dari pihak kami, anda boleh menerima e-mel dari pihak kami mengenai laman web, aplikasi atau perkhidmatan tersebut. Bagaimanapun, kami boleh menyimpan data peribadi anda jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk keperluan lain yang ditentukan pengawal data. Sekiranya anda membuat permintaan untuk menghapuskan semua data peribadi anda, anda bersetuju bahawa alamat e-mel anda akan disimpan dalam pangkalan data kami untuk mengelak akaun duplikasi diwujudkan dan untuk tujuan pengesahan identiti. E-mel ini tidak akan digunakan untuk tujuan pemasaran dan tidak akan diberikan kepada rakan niaga atau pihak ketiga.

Sila ambil maklum bahawa biarpun anda menghapuskan keahlian dan menghapuskan data peribadi anda, sesetengah kandungan mungkin masih akan wujud oleh kerana laman yang disimpan dalam cache internet adalah di luar kawalan carijanda.com.

Viii. Perubahan Pada Dasar Privasi Ini

carijanda.com memiliki hak untuk mengganti, mengubahsuai atau meminda Dasar Privasi ini atas budi bicara sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengkaji semula laman ini jika terdapat Dasar Privasi yang dikemaskini. Sila ambil maklum tarikh pindaan terkini di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Ix. Maklumat Perhubungan Pengawal Data

Pengawal data untuk laman web ini adalah: No. 31, Jalan Zirkon 7 f/F, 40000 Shah Alam, Selangor.

Jika anda ada apa-apa persoalan, komen dan aduan mengenai Dasar Privasi ini atau kesan-kesannya, sila hubungi Sokongan Pengguna atau hantar mesej anda kepada:

[email protected]

X. Penerimaan Dasar Privasi Ini

Laman web kami dan penggunaannya, termasuk apa-apa isu berkaitan privasi tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan juga Terma dan Syarat pihak kami. Apabila anda menggunakan laman web kami, anda menerima semua syarat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi dan Dasar Penggunaan pihak kami. Anda juga bersetuju dan memberi jaminan bahawa anda tidak akan menghasilkan apa-apa pangkalan data, laman web, perisian, badan perundangan dan perkhidmatan yang bersaing dengan carijanda.com. Tindakan sedemikian akan disiasat dan tindakan undang-undang yang setimpal akan diambil, termasuklah dan tidak terhad kepada, tindakan undang-undang sivil, jenayah dan ganti rugi injuksi.

Penerimaan Dasar Privasi ini dan Dasar Penggunaan dikira sebagai syarat yang perlu dipatuhi untuk menggunakan laman web, aplikasi dan perkhidmatan kami.

Tarikh kemaskini: 10 Oktober 2020